Monday, October 21, 2013

After one year!

Assalamualaikum,

Wei seriously, lamaaaa gile tak bukak blog ni! Hahaha..
Last post: 4/11/2012. Pergh, dah dekat setahun tak post ape2 pun.

Memandangkan sekarang ni aku pun tak busy (langsung tak busy, seriously!) so insyaAllah aku akan meng-update blog ni dengan lebih kerap. Cakap macam ada pembaca setia plak kan? Haha peduli hape aku, ni blog aku! So sepanjang aku mendiamkan diri selama 2 tahun ni, of course ada banyak gila la benda yang berubah kan, antaranya:-

1) Aku berjaya sambung master's degree (Petroleum Geology), and dah grad dah pun.. Alhamdulillah.. Walaupun hanya kat UM je. Otak aku ada damage sikit, kesan daripada lecturer garang masa buat master tu. Hahahahahaha. Kalau ada rezeki, PhD menyusul tak lama lagi. Sila doakan. Hehehehehehe. Tapi nak buat kat uni lain pulak la kalo ade rezeki.

2) Aku dah menjadi berkali-kali ganda gemuk! And now tengah berusaha membuang lemak-lemak tersebut.. Aku gi gym tau skang. Haha macam tak percaya pulak.. Ok tetiba sekarang rasa rindu gila zaman kat uni dulu. Aktif sports esp hoki and basketball. Sekarang memang takde geng langsung nak main petang-petang. Grrrr.. Bosan gile gi gym. dah la takde kawan, layan diri je.. huhu

3) Pasal kerja: Ha, ini benda sensitif. Aku belum kerja geologist lagi. Siapa tanya aku dah kerja ke belum pasni, siap! Apa-apa pun, I'm enjoying what I do now. Aku jadi cikgu tuition. Both dekat tuition centres, and home tuition. Seriously best pulak aku rasa jadi cikgu ni. At first, bila student panggil aku "Cikgu Aiza", aku gelak! Betul, aku gelak depan-depan student, dalam kelas.. sebab rasa macam kelakar sangat je bunyinya tu. Haha. Tapi sekarang dah terbiasa, sampai kadang-kadang cakap dengan anak sedara aku pun, aku terbahasakan diri aku 'cikgu'. Haha. lawak.. BTW, aku ajar Science subjects esp. Fizik, Kimia, Maths and Add Maths. Best gile! Apa-apa pun, experience aku kerja kat oil & gas companies include kat Talisman dengan DownUnder Geosolutions (Dugeo). Takde la experience apa pun actually.. Kat Talisman tu aku buat internship dalam 2 bulan camtu, and kat Dugeo, just short-term contract je, utk software support. Haha. Takde ape sangat pun.. Dah la, malas nak cite pasal kerja.

Ok la, erm pasni aku berazam nak meng-update blog ni dengan sedaya upaya aku (ayat macam lawak je). 

Bye.

p/s: Gambar kat bawah ni, gambar konvo master tahun lepas...