Wednesday, April 11, 2012

Takde Pain, Takde Gain!

Assalamualaikum,

Tinggal 7 minggu lagi lecture untuk MSc Petroleum Geology ni. Perasaan aku, bercampur-campur. Memang excited bila fikir, dah tak lama dah untuk aku habiskan program ni. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa sangat sangat sangat tertekan! Dah nak sampai hujung ni, stress makin tinggi, sebab lecturer pun expect sangat tinggi. Kerja n project banyak nak habiskan. Plus kena pegi jumpa Talisman lagi untuk discuss pasal internship. Jumaat ni kena present lagi. Dah la gua punya time management hancus! Huhu.

Ada juga kadang-kadang aku rasa menyesal sebab sambung dekat UM. Dah la masa degree dulu pun aku buat dekat UM. Macam tak berkembang tau. Sebelum habis degree, pernah jugak survey untuk buat dekat Brunei. Tapi masa tu, aku fikir kalau nak sambung kat sana, kena tunggu lagi setahun sebab masa tu application untuk session tahun lepas dah tutup. Kalau aku tau, baik aku tunggu je kan. Tak payah sambung kat UM. At least kalau sambung kat tempat lain, dapat jugak aku merasa pengalaman kat tempat orang.

And satu lagi, aku rasa sepatutnya aku buat MSc by research je. Sebab coursework ni macam terkejar-kejar. Tak specific sangat. Aku rasa tak puas. Tapi nak buat camane kan, dah jadi pun.. terpaksa la habiskan je. Lagipun dah tak lama dah..


Officially, lecture akan habis on 25 May 2012. Lepas tu, sepatutnya ada exam. 25 Jun sampai 17 August 2012, ada internship. Tapi internship, kalau company tu nak suruh aku extend pun aku tak kisah sangat, at least aku boleh gain experience. Hopefully habis internship, senang dapat keje..

Apa-apa pun, bak kata orang putih- no pain, no gain! Semoga aku berjaya habiskan program ni dengan jayanya! Hehe. Doakan ye! :)

2 comments:

  1. salam atie, nak tanya master petroleum geology ni class die mcmane??ada tak kelas malam or class weekend?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete