Wednesday, April 4, 2012

I am 24.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk 24 tahun dah umur aku.. Macam tahun lepas jugak,aku tukar birthday kat FB. Haha. gile obvious sikit je yang ingat birthday aku. It's ok. Saje suka-suka nak tengok berapa ramai ynag ingat.. Apa-apa hal pun, special thanks to these people who wished me for my birthday. Aku positif, ada lagi orang lain yang wish tapi aku dah tak ingat. Sorry for that ok..

1) Azie
2) McD
3) Ijoy
4) Farah Atiqah
5) Azri
6) Sepot
7) Atiqah Fauzi (sama-sama kat 4th dulu)
8) Ela
9) Fatin Hazad
10)Ah Oh
11)Pei Fei
12)Naufal
13)Nurul (my cousin, I share same birth date with her mom)
14)Has (junior geology)
15)Arda


Tak lupa, special "Happy Birthday" to Lydia, who shares the same birthday with me (according to my IC). Hehe.

Part yang sedih, mak aku tak wish pun sampai sekarang. Waaa!!! Mesti die tak ingat. Huhu. Tapi takpe la, cukup la dengan kasih sayang, dan kesabaran dia membesarkan aku.. Itu lebih bermakna daripada birthday wish. Thanks Mak!

Yang bestnya, bersyukur sebab masih ada ramai orang yang ingat tarikh kelahiran aku.. On my birthday, we were in the department and Jay played Happy Birthday song with my guitar while my MSc-mates sang the birthday song for me. Rasa cam nak nangis wa cakap lu. Punya la terharu. Hehe. Thanks guys.

Thanks juga kepada kawan2 yang bawak aku makan kat Murni. tak perlu la nak disebutkan kat sini. hehe.

Ucapan Azie tak boleh blah- suruh kawen cepat. Masalahnya, bukan gua taknak kawen bro, takde orang nak kat gua! Gua tau la gua gemok sekarang... Takpe, nanti gua dah kurus siap la mamat yang gua minat tu! Haha.. Nanti dia plak yang terhegeh-hegeh kat gua. Hehehehe


Apa-apa pun, aku harap dengan meningkatnya usia, dapat la meningkat sama tahap kesabaran dan keimanan dalam diri aku ni. Aku harap korang semua dapat doakan kejayaan aku kat dunia dan akhirat. Aku nak ambik kesempatan ni nak mintak maaf daripada korang semua kalau aku ada buat silap atau menyakitkan hati korang. Aku sedar aku tak baik sangat, so kebarangkalian menyinggung perasaan orang tu memang tinggi. Maafkan aku ok. Dan aku juga harap aku dan kawan-kawan yang lain dapat bertahan dengan MSc Petroleum Geology. Come on, tinggal 2 bulan lagi before habis lecture. Then internship, then konvo sekali lagi!! Wuhuu!!! Hehe. Tak sabar plak. Hehe.

Ok, Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment