Friday, January 28, 2011

Manusia. Berubah.

Assalamualaikum

Hari ni, nak membebel pasal 'berubah'.
Berubah, maknanya, tak stay sama. Haha. Bangang kan, definition aku. Haha. Gelak cepat!

Daripada pemerhatian aku, kebenyakan manusia yang normal akan berubah.
Perubahan ni sama ada ke arah yang lebih baik, atau pun sebaliknya.

Macam-macam. Dari segi fizikal, mentaliti, sikap, etc.


Contoh yang simple- dulu aku kurus, sekarang dah gemuk sikit. Sikit je. Hehe. Itu la contoh perubahan fizikal.

Kalau contoh perubahan sikap pulak, dulu pemurah, sekarang kedekut. Dulu nerd, sekarang nakal. Dulu baik (peramah, etc) sekarang sombong.

Aku ada seorang kawan. Dulu dia agak rapat dengan aku. Tapi masa dia couple, kitorang macam renggang sikit. Aku buat macam biasa je. SMS, komen fb, etc. Ye la, macam dengan kawan-kawan yang lain jugak. Tapi aku pelik sebab dia macam tak respon langsung. Mula-mula aku tak tau pun dia couple, pastu bila aku tau dia tengah hangat couple, baru aku terfikir yang mungkin dia tak respon sebab pasangan dia jealous ke, whatever. Tapi bila dia dah clash, baru dia respon balik segala sms, etc. Kadang-kadang aku kesian jugak dengan orang yang macam ni. Sebab couple, hubungan dengan orang lain dah macam takde value. Bila dah clash, baru nampak balik kawan-kawan lama. Tapi aku tak kesah pun. Lantak korang la. Yang penting aku tak couple. Haha.

Aku ada seorang kawan lagi. Dulu dia selalu kutuk-kutuk orang letak gambar 'bajet hensem/ comel' kat Friendster (zaman dulu-dulu kan zaman kegemilangan Friendster). Tapi selepas beberapa ketika, aku tengok dia pulak letak gambar bajet hensem/comel kat Facebook. Haha. Lawak. Inilah yang aku kata, manusia berubah.

Lagi sorang lagi kawan aku. Aku kenal dia takdelah lama sangat. Tapi masa mula-mula aku kenal dia, dia sopan je. Lemah-lembut. Nampak baik la senang citer. Tapi macam aku cakap, manusia mesti berubah punya. Tak lama selepas tu, sifat sopan dia tu dah tukar jadi yang sebaliknya. Tak perlulah aku ceritakan lagi lanjut.

Kawan yang lain pulak. Dia dah kerja. Ye lah, dah grad nak buat apa lagi, cari kerja la. Haha. Mungkin sebab dia dah ada karier sekarang, macam seolah-olah ada barrier antara dia yang dah bekerjaya (walaupun baru nak mula) dengan aku yang tak habis-habis belajar lagi ni. Macam-macam perbezaan dah antara dua golongan ni.

Lagi sorang lagi kawan. Ramai betul kawan aku. Haha. Dulu dia lebih kurang macam kitorang la. Lepak-lepak, main game kat laptop, pegi jalan-jalan pusing KL, etc. Sama je macam kitorang. Tapi sekarang dia dah lain. Dah ada kawan baik baru. Diorang buat aktiviti diorang sendiri je. Aktiviti yang bagi aku, kurang sihat. Lagi sekali, tak perlu aku elaborate beria-ria. Hurm. itu la lagi satu lagi contoh.

Contoh-contoh kat atas ni semua contoh perubahan dari ok jadi kurang ok. Tapi camana pun, of course la ada jugak perubahan dari tak ok kepada ok. Satu contoh, kawan aku ni dulu dia macam kitorang jugak. Pakaian pun standard remaja pompuan la (remaja lagi ke?). Kadang-kadang pun ada jugak pakai short sleeves je. Tapi lepas dia jumpa 'someone' ni, dia berubah jadi better. I mean, dari segi penampilan dan sikap, obviously. Dia jaga pakaian dia. Kalau pakai short sleeves pun, dia akan pakai handsocks untuk tutup tangan dia. Dia dah tak 'huha-huha' sangat dah macam dulu. Aku rasa, ini perubahan yang bagus.


Apa-apa pun, memang kita tak boleh lari dari perubahan. Sedangkan tahap keimanan dalam diri kita pun berubah-ubah. Menaik, pastu menurun, pastu menaik balik, dan seterusnya.. Iman kita bukan macam iman para nabi, yang sentiasa meningkat dari hari ke hari. Tapi bukanlah bermakna kita kena biar je iman kita tu menurun. Sebab tu la kita kena tingkatkan amalan kita. Hehe. Tiba-tiba nak ceramah pulak.

Sedangkan aku sendiri pun, berubah jugak. Dulu masa zaman-zaman sekolah, aku suka sukan. Aku main basket, hoki, handball.. Kadang-kadang main tuju selipar jugak. Hehe. Tapi sekarang, tak macam dulu lagi. Banyak lagi la benda lain yang berubah. Korang pun mesti ada jugak yang berubah kan?

Pada pendapat aku, kalau seseorang tu berubah, kita tak boleh la nak salahkan dia 100%. Kalau kawan kita berubah jadi kurang baik, doakan lah dia jadi lebih bagus. Bukankah tanggungjawab kita sebagai kawan untuk doakan yang baik-baik untuk kawan-kawan kita?

Mungkin dia ada sebab sendiri yang buat dia berubah. Mungkin orang sekeliling, tekanan ke, ape ke.. Kita tak tahu. Apa-apa pun, jomlah kita sentiasa muhasabah diri kita. Kalu kita rasa kita tak baik, usahalah untuk jadi lagi baik. Kalau boleh, jadilah orang yang berubah dari keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Wallahualam.

2 comments:

  1. manusia berubah2..even aku pun sm aiza...mcm2 da aku brubah...mcm makin worse je...

    ReplyDelete
  2. mungkin ada jugak certain part yang ko berubah jd lebih baik. contoh: dulu ko suke ponteng2 prep, skang dah nk amek master! wowww!! hehe :)

    ReplyDelete