Monday, December 19, 2011

Sibuk!

Assalamualaikum,

As expected, penghujung semester ni memang sibuk. Banyak assignment dan report kena hantar. Memang aku bukannya tak pernah busy macam ni masa degree dulu. tapi ini ada bezanya.

masa buat degree dulu, asalkan hantar je. tapi sekarang, kena hantar hasil kerja yg ada kualiti. kalo tak, lecturer tu bising.

dulu satu kelas ade ramai student. mungkin 50 orang. so kalau hantar lambat sikit pun xpe la, bukannya lecturer perasan pun. hehe. tapi sekarang, kelas ade 14 orang je. bayangkan kalo tak hantar, memang la kantoi. huhu.

ni ha kerja2 aku minggu ni:

20/12/2011 (selasa) - report fieldwork labuan
21/12/2011 (rabu) - geofizik test
22/12/2011 (khamis)- seismic section interpretation
23/12/2011 (jumaat) - geofizik essay, presentation gippsland project
27/12/2011 (selasa) - lab report geochem, viva boonsville project, MOVE project


ok, tak sabar nak habiskan benda2 ni sume. nak pegi enjoyyy!!!

Saturday, October 22, 2011

"Sabar ada hadnya..."

Assalamualaikum,

Ok peeps, this time aku nak membebel pasal sabar.
Korang yang betul-betul kenal aku, memang tau kan aku bukan orang yang sabar sangat.
Sabar sangat? Eh aku rasa aku memang tak sabar langsung kot.
Aku pantang tunggu orang kalau orang lambat.
Aku memang buat muka nak bagi penampar kalau ada benda yang aku tak puas hati.
Selalu jugak, aku main sembur je kalo aku bengang.
Cakap belakang-belakang, memang tak yah cite la.
Pernah jugak aku tumbuk dinding sebab tak boleh sabar punya pasal.
Tapi pastu nyesal la, sebab sakit wo tangan pas tumbuk dinding.
Tak caye, try la sekali tengok.

Erm cukup la itu je contoh yang aku boleh bagi.
Persoalan sekarang, bukan aku nak bukak pekung di dada (cewah, main peribahasa plak) pasal ketidaksabaran aku, tapi aku nak bawak korang pikir dan renungkan sikit pasal sabar ni.

Kita selalu dengar, "sabar ada had".
Selalu dengar kan?
Kat TV dalam drama selalu cakap,.
Kadang-kadang kalo kite tengah marah pun selalu gak keluar ayat tu kan...
Jadi benda tu dah jadi macam satu kebiasaan pada kita.
Pada aku dulu, memang sabar itu ada had.
Maknanya kalau kita diuji, sampai satu tahap tu kita akan jadi hilang kesabaran sikit sebab ujian tu dah melebihi kita punya limit kesabaran.
Kan sabar tu ada had? (macam orang kata tu).

Apa-apa pun, persepsi aku tentang had kesabaran ni mula berubah sikit sejak aku dengar satu ayat ni daripada seorang kawan aku (yang dia cakap dia dengar drpd org lain jugak).

Bunyi dia camni,

" Kita selalu dengar orang cakap sabar ada hadnya. Sebenarnya, sabar tu takde had".

Dalam hati aku- eh, pulak? apsal aku selalu dengar orang cakap sabar ada had? Orang yang baik pun kadang-kadang ada jugak cakap yg sabar diorang ada had.

Lepas aku pikir-pikirkan balik, memang betul jugak apa yang kawan aku cakap tu.
Sebenarnya memang kesabaran tu takde had.
Sape kite utk tetapkan had sabar?
Sebagai hamba Allah, kita memang sentiasa kena sabar.
Bila dapat ujian drpd-Nya, kita memang wajib bersabar. Wajib ok!

Bagi aku, nak jadi orang yang sabar, memang payah.
Bagi aku la. Bagi orang lain aku tak tau la camane.
Bagi aku bukan senang wo nak control nafsu especially nafsu marah.


Allah ada berfirman dalam Al-Quran, Surah Az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba- hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

Pergh bapak best camtu. Dengar macam senang kan.
Kalau kita bersabar, pahala kita akan disempurnakan tanpa terkira.
Tapi tu la, nak dapatkan ganjaran tu kita kena jadi sabar.
Bukan senang nak dapat ganjaran tu, kena sabar dulu baru dapat.

Aku tau aku memang bukan orang yang sabar.
Tapi aku pun nak jugak jadi orang yang disempurnakan pahala dengan tidak terkira tu.

So marilah kita semua belajar jadi orang yang sabar.
Memang tak senang nak jadi sabar, tapi at least kita cuba untuk jadi hamba yang sabar.
Aku nak berusaha jadi orang yang lebih bersabar la pasni.
Aku harap korang doa-doakan lah aku ni jadi orang yang sabar sikit.

Aku nak bagi dakwah macam ustaz-ustaz, or ustazah-ustazah tu aku memang tak reti la.
Tapi kali ni aku nak share je apa yang aku rasa mungkin bermanfaat untuk kita.
Kalau ada apa-apa yang silap ke, ape ke, tegur la. Jangan nak kutuk belakang je. Hehe.

Ok la, chow dulu!
Assalamualaikum!

Thursday, October 13, 2011

Monday, October 3, 2011

Pre- Convocation, 2011

Assalamualaikum,

Sabtu depan, 8 oktober, aku dah nak konvo.
Minggu lepas, masa ambik jubah, perasaan sangat happy + excited.
Tapi dalam masa yg sama, perasaan sedih dan terharu ada jugak. Haha. Ape la, sedih2 plak.

4 tahun kat UM ni, baru la dapat konvo.
Masa hari tu nanti, nak ambik gambar puas-puas sampai pengsan! Haha
Pastu nak pakaikan Mak dengan jubah konvo tu. Hehe.

:)

Eh, terlupa pulak. Nanti semua meh la datang. Kita ambik gambar banyak-banyak. Hehe.

Sunday, July 24, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum,

Lama betul aku tak update blog (ceh, cakap macam ada pembaca setia je.. huhu).
Macam entry yg sebelum ni, aku bagitau yang aku dah berjaya jugak akhirnya habiskan study kat UM..

Sekarang ni, dah 2 bulan lebih aku berkhidmat sebagai penanam anggur. Takde keje. Merata jugak aku mintak keje as geologist, tapi semuanya hampeh... Sama ada tak dapat respon, atau pun respon bagitau tak dapat. Hampagas tol.. Mungkin takde rezeki lagi kot.. Hurm..

Selama aku duduk umah ni, aktiviti aku- bangun tido, tengok tv, makan, internet, mintak keje.. benda2 camtu la. Sampai aku dah bosan gila tak tau nak buat apa. Dulu time tengah study, tak sabar nak habis.. kononnya boleh duduk melepak je kat umah. Tapi sekarang, bosan la pulak.

Tapi apa-apa pun, aku ada berita baik yg nak share ni.. Alhamdulillah, pointer aku berjaya reach target, and 3 hari lepas, dapat offer letter untuk sambung master. Kat UM je.. Petroleum Geology. Tak mampu nak sponsor diri sendiri pegi belajar kat oversea. Huhu. Apa-apa pun, Alhamdulillah... Syukur.. Hehe.

Tapi masalahnya, scholarship.. tak tau nak apply apa. Dah la dapat offer letter tu lambat compare dengan uni lain. Yang ada dalam kepala ni nak apply MyBrain15, ngan Yayasan Pahang.. Tu je la. Yang lain tak tau. If korang ada info, tolongla share. Sebab kalo tak dapat scholarship, memang tak dapat la aku nak sambung. Takde duit. Huhu.

Aku harap, korang tolong doakan supaya semuanya berjalan lancar. Mintak-mintak semua urusan dipermudahkan, dan diberkati Allah. Semoga semua yang baca post ni pun diberi kemudahan dalam apa-apa yang korang buat, dan diberkati Allah jugak :)

Jangan lupa share info pasal scholarship tau! Hehe...

p/s: Tarikh konvo dah keluar. Fakulti Sains 8 Oktober 2011. Harap-harap ada orang yang baik hati datang bawak untuk aku bunga ke, hadiah ke, coklat ke... atau pun, tolong sponsor photographer untuk ambik gambar cantik-cantik :)

Thursday, May 12, 2011

Cepatlah masa berjalan...

Kurang 24 jam dari sekarang, InsyaAllah akan berakhirlah perjalanan hidup aku kat UM ni sebagai seorang undergrad student. Hehe.
(Kalau ada rezeki, jadi postgrad student pulak.Hehe)

Tak sabar nak grad!!!!
Tak sabar jugak nak konvo!
Harap-harap semua berjalan lancar.
Amin..
:)

Sunday, March 20, 2011

Officially 23.

Assalamualaikum,

Masa aku type ni, jam tepat-tepat pukul 12 tengah malam, 21 Mac 2011.
Maknanya, aku dah tepat-tepat berusia 23 tahun.
Aku tak silap type tarikh kat atas tu, 21 Mac.
No IC aku 880320-xx-xxxx. Maknanya, kalau ikut nombor IC tu, aku lahir pada 20 Mac 1988.
Sebenarnya, aku lahir 21 Mac 2011. Mak aku kata, Abah aku dia pegi repot tarikh lahir aku 20 Mac pulak. Haish.

Anyway, aku sangat-sangat bersyukur sebab Allah dah bagi aku peluang selama 23 tahun untuk bernafas.
Alhamdulillah, aku masih hidup, masih bernafas, takde penyakit-penyakit kronik macam sakit jantung, kencing manis, dan seumpamanya. Alhamdulillah.

Allah pinjamkan aku mata. Yang lebih penting, mata yang Allah pinjamkan tu masih berfungsi dengan baik. Cuma rabun sikit je. But still, boleh nampak lagi. Aku boleh nampak bulan, boleh nampak muka mak aku, muka kakak-kakak aku, muka abang aku (aku ada sorang abang je), muka abang-abang ipar dan kakak ipar aku, muka anak-anak sedara aku, muka kawan-kawan, dan macam-macam muka lagi yang aku kenal dan tak kenal. Alhamdulillah.

Ada satu hari baru-baru ni, aku terjumpa dengan sorang perempuan buta. Kami berborak. Rupanya, dia buta masa dia 6 tahun. Dia kena demam panas, then disebabkan demam dia tu terlalu panas, mata dia buta. Doktor kata, saraf yang hantar signal penglihatan ke otak tu dah rosak (macam tu la lebih kurang). Masa tu, lagi seminggu lagi dia nak masuk sekolah. Dia kata, dia still ingat lagi warna pokok, bentuk bulan, bintang... Masa aku dengar cerita dia, aku sedih gila. Ye la, dia rindu sangat nak tengok bulan tapi aku yang dapat tengok bulan selama 23 tahun ni, kadang-kadang tak bersyukur dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi...

Allah pinjamkan aku otak. Otak yang berfungsi dengan sangat baik. Alhamdulillah, sampai sekarang aku boleh gunakan otak aku dengan baik. Aku tak terencat. Aku tak lembam. Aku tak gila. Aku dapat masuk universiti dengan otak yang Allah pinjamkan ni. Terima kasih Allah. Sebab pinjamkan otak ni. Kalau takde otak ni, mesti aku sama level dengan lembu. Atau itik, dugong, dan sebagainya.

Selama 23 tahun ni, sedar tak sedar, banyak lagi 'scholarship' yang Allah bagi kat aku, yang kadang-kadang aku tak hargai pun. Ok, rasa-rasanya selalu aku tak hargai.

Allah bagi aku keluarga yang baik. Mak yang baik. Yang selalu berkorban untuk aku dan adik-beradik yang lain. Yang kerja keras untuk besarkan kami adik-beradik. Yang sanggup dimaki hamun demi kami adik-beradik. Mak aku adalah mak yang paling terbaik dalam dunia. Mak aku sangat tabah, dan bagi aku, dia bukan saja berjaya jadi mak kami, tapi juga berjaya jadi bapa kami. Banyak lagi pengorbanan mak, tapi hanya kami adik-beradik dan Allah je yang tahu. Semoga Allah selalu merahmati mak aku. Aku harap aku dapat balas balik jasa dia.

Allah bagi juga kat aku kakak-kakak dan abang yang baik. Memang ada juga masa yang tak best dengan adik-beradik, tapi itu semua normal. Tak perlulah nak cerita kat sini tentang perihal kami adik-beradik, pahit manis kami, sebab kami saja yang tahu. Terutamanya kisah-kisah pahit kami. Apa-apa pun, bagi aku, kepahitan itu la yang buat kami rapat sesama sendiri, dan jadi lebih tabah dalam hidup.

Aku dapat ramai kawan-kawan yang baik juga, walaupun ada juga kawan-kawan yang kurang best. Takpe la, yang tak best tu, letak tepi. Yang best tu, aku kena hargai. Sejak aku kecik lagi, aku ada ramai kawan-kawan yang selalu tolong aku bila aku susah. Sejak aku kecik, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, masa kerja part time kat McD, sampai la masuk universiti. Kalau nak type, mungkin ada yang tercicir. So, aku tak mau type nama diorang. Sebab mereka tau mereka kawan-kawan aku yang baik. Hehe.

Macam-macam lagi nikmat Allah bagi sepanjang 23 tahun aku hidup ni. Tak tertulis kat sini.

Apa-apa pun, birthday aku kali ni menyedarkan aku bahawa aku dah boleh dikategorikan sebagai 'orang besar' dan bukan budak-budak lagi. Kali ni, aku sedar yang betul kata orang, ulang tahun kelahiran sepatutnya mengingatkan kita yang kematian semakin dekat.....


p/s: Terima kasih banyak kepada semua yang wish birthday aku tahun ni:

Kak Lang
Kak Ngah
Azie
Nadine
Zaf
Naufal
Wani
Lai
Iye
Arda
Syap
Lydia
Hazirah
Nana
Ilah
Along Esham
Nurul
Hazirah
Iefa
Emy Erliana
Jemil

Maaflah kalau masih ada nama yang tertinggal.

Special thanx to Azie, Nadine and Zaf yang celebrated my birthday last Saturday (special entry coming soonnn).
Tak lupa jugak Kak Lang yang belanja makan kat Chicken Rice Shop, Aqil (Atin) yang nyanyi lagu birthday utk Makcu (walaupun satu rangkap pun tak sampai, dan pelat-pelat), dan Haiqal yang join celebrate kat Bangsar Sphere sampai putus-putus selipar! Hehe

Tahun ni, aku tukar birth date kat facebook. So aku assume, semua yang wish, tak perlu facebook birthday reminder untuk ingat birthday aku. Walaupun mungkin ada sesetengah yang teringat birthday aku bila tengok orang lain wish kat wall. But still, aku happy jugak dengan those birthday wishes. Hehe. Thanx a lot peeps!

Saturday, March 19, 2011

Exam.

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog. Sebab laptop aku rosak, so takde mood nak jenguk blog.
Kali ni nak cakap pasal ujian dari Allah.

Kematian itu pasti. Semua makhluk, atau organism dalam dunia ni akan mati. Takde yang hidup selama-lamanya. Itu hakikat kehidupan. Bahkan, gunung-ganang yang nampak tinggi dan kuat itu pun akan mati. (in the sense that they will be eroded in time). Memang la gunung tak "mati" dalam masa setahun dua, tapi beratus-ratus tahun.

Semua makhluk dalam dunia ni, akan mati. Tapi, manusia ni special dari makhluk-makhluk yang lain. Manusia, lepas mati, akan melalui alam barzakh pulak. Ko tak mati gitu je. Semua yang dibuat semasa hidup,akan disoal siasat pulak kat dalam kubur. Semua amalan, sama ada baik dan buruk, akan dikira. Sebab tu la Nabi Muhammad SAW suruh kita jauhi perkara yang buruk. Jangan buat dosa. Semasa hidup, buat banyak amalan supaya dapat banyak pahala. Supaya dapat masuk syurga.

Pernah dengar tak, amalan kita kat dunia ni umpama bekal yang akan kita bawak ke alam selepas mati. Macam dulu-dulu, masa kita kecik-kecik, bawak bekal pegi sekolah. Macam tu la.

Pernah dengar tak lagi, semasa kita hidup ni, diibaratkan kita ni sedang diuji. Kira macam kita tengah ambik exam la. Macam-macam onak dan ranjau yang Allah bagi kat kita untuk tengok sama ada kita boleh lalui atau tak. Kalau kita berjaya, masuklah kita ke dalam syurga. Kalau gagal, masuk neraka.

Macam sekarang, kalau kita nak exam, mesti kita stadi gila-gila untuk skor. Untuk masuk sekolah bagus-bagus, masuk universiti bagus-bagus, supaya dapat kerja bagus-bagus dan dapat gaji bagus-bagus juga.

Tapi, bukan senang nak skor. Kena buat kerja sekolah, rajin tanya cikgu, stay up sampai tengah malam, korbankan masa lepak, korban masa meronggeng, macam-macam lagi. Tapi kalau kita bersenang-lenang, enjoy, tak buat kerja sekolah, main-main, tido dalam kelas, ponteng sekolah, boleh ke kita skor? Secara logik, memang tak boleh. Bila tak skor, korang rasa boleh ke dapat masuk sekolah bagus-bagus, masuk universiti bagus-bagus, dapat kerja bagus-bagus dan dapat gaji bagus-bagus? Melainkan kalau bapak kau kaya, boleh la tapi takkan kekal lama. Kalau bapak kau kaya sekalipun tapi kau bengong, lama-lama lingkup juga.

Sama la konsepnya dengan ujian Allah. Sebagai contoh, kat dunia kita tak boleh minum arak tapi kalau kita masuk syurga, kalau kita nak minum arak 24 jam sehari pun takpe. Kat dunia, kita tak boleh buat maksiat tapi kat syurga, kalau kita nak bersetubuh sepanjang masa pun xde hal. Suka hati kau nak buat apa kat syurga. Tapi jalan ke syurga tu bukannya mudah. Macam-macam kena korban. Kena solat, tak boleh pakai seksi, tak boleh minum arak, tak boleh tipu mak bapak, tak boleh tabaruj, macam-macam lagi.

Sungguh pun macam tu, cuba tanya diri kita sendiri, agak-agak cukup tak pengorbanan kita untuk dapat masuk syurga? Kalau tanya semua orang, ada ke orang yang volunteer nak masuk neraka? Ada ke orang yang rela kena seksa? Hari-hari kena bakar, kena hentak, kena minum nanah, kena minum air panas, duduk dalam tempat yang panas sampai otak pun menggelegak? Bayangkan, otak menggelegak weh. Sekarang duduk tengah panas terik sikit pun dah merungut itu ini, inikan pulak kalau matahari sejengkal dari kepala.

Aku tahu, aku bukan seorang yang perfect. Banyak gila benda yang Allah dah warning dalam Quran supaya jangan buat, tapi aku buat juga. Tapi kita sebagai manusia kenalah selalu bagi peringatan sesama kita. Mungkin dengan tulisan aku ni, ada orang yang akan insaf, akhirnya dia masuk syurga. Insya Allah.

Kalau salah, tolonglah betulkan. Aku pun bukanlah dari kalangan orang yang tinggi ilmu. Wallahualam.

Saturday, February 26, 2011

Peringatan dari Tuhan.

Assalamualaikum.

Laptop aku rosak. langsung tak boleh bukak. And memang aku takkan repair, sebab duit takde. Huhu.
Beberapa hari sebelum tu, aku memang sakan gila guna laptop tu. Asek main game je.

Mungkin ini peringatan dari Allah supaya aku kurangkan sikit aktiviti main games tu.

Nasib baik ada Azie. Dia bagi pinjam laptop dia.

Mungkin ini lagi satu peringatan dari Allah, yang Azie selalu tolong aku bila aku perlu. Terima kasih Azie,aku selalu lupa jasa kau bila aku senang. Huhu.

Alhamdulillah, aku masih dapat peluang untuk sedar apa yang aku terlepas pandang. Memang betul kata orang, setiap perkara yang berlaku, memang ada hikmah di sebaliknya. Terserahlah kepada kita untuk menilai. Dan lagi satu, betul juga kata orang, kita akan ingat Allah bila dalam kesusahan. Bila senang, selalu kita terlupa pada Dia.

Wallahualam.

P/S: Semalam HEP kata paling awal JPA dapat lagi 3 bulan. Adoi. Sabar je la.. Nak ajar tuition la camni. Huhu

Saturday, February 19, 2011

Maafkan aku, Sahabat.

Assalamualaikum

Entry kali ni memang aku buat untuk sorang sahabat aku.
(Aku anggap dia sahabat walaupun dia tak semestinya anggap aku sahabat)
Aku juga tak tahu adakah dia akan diberi petunjuk oleh Allah untuk baca entry ni.

************************

Maafkan aku sahabat..
Kau seolah-olah jatuh ke dalam satu longkang, longkang yang busuk dan jijik. Kotor. Longkang yang banyak taik-taik, sampah-sampah, etc..
Tapi aku tak mampu nak keluarkan kau dari longkang tu.
Aku dah hulurkan tangan aku, tapi mungkin tangan aku tak cukup panjang untuk kau capai.

Maafkan aku Sahabat..
Memang sejak kebelakangan ni, aku menjauhkan diri dari kau.
Bukan aku tak nak kawan kau sebab kau busuk bau longkang, bau taik.
Bukan aku nak biarkan kau sorang-sorang dalam longkang tu.

Aku pegi jauh dari kau sebab aku nak cari orang lain yang mungkin ada tangan yang lebih panjang, supaya kau dapat diselamatkan dari longkang tu...
Aku jugak tak stay dekat tepi longkang tu sebab aku nak pegi cari kayu, supaya kau dapat berpaut pada kayu tu dan boleh la kau keluar daripada longkang..

Masa kau kat dalam longkang tu, kau jumpa seseorang.
Dia memang dah lama masuk dalam longkang tu.
Sebelum kau masuk pun, dia dah ada kat dalam longkang tu.
Kau jadi ngam dengan orang tu.
Kau dah ada kawan baru kat dalam longkang tu sekarang.
Kau dah tak peduli dengan bau busuk longkang tu sebab kau dah ada kawan yang faham situasi kau di dalam longkang....
Bau longkang yang busuk tu kau dan kawan baru kau tu suka sangat.


Tiba-tiba, kau jadi syok pulak duduk dalam longkang tu.
Aku hulurkan kayu kat kau, tapi kau taknak berpaut pada kayu tu.
Kau kata, kau nak jaga kawan baru kau tu kat dalam longkang.
Tolonglah, alasan kau memang bangang.
Kau macam dah tak boleh berfikir dengan bijak dah.
Kadang-kadang aku rasa macam nak lempang je kau laju-laju.

Bukan ke lagi baik, kalau kau capai kayu yang aku hulurkan kat kau ni, pastu lepas kau dah keluar dari longkang tu, kau tolonglah pulak kawan baru kau tu keluar dari longkang?
Kenapa kau memilih untuk duduk dalam longkang tu lagi?
Kenapa? Kau lupa ke longkang tu busuk dan jijik? Kotor? Banyak daki? Kuman?
Kau dah lupa ke macam mana nikmatnya kehidupan di luar longkang?
Udara segar, pemandangan indah, kau dapat bergerak bebas...
Perasaan aku untuk lempang kau laju-laju tu makin membuak-buak bila kau dengan bangganya pegi hebohkan kat semua orang tentang bau busuk kau yang kau dapat dari longkang tu dengan penuh bangga...
Kenapa kau dah takde perasaan malu?
Kau nak kena lempang?


Kau dah lupa?
Kau dah lupa ke, Allah pun ada cakap, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri?
Kenapa kau sekarang Allah pun macam kau dah tak kenal?


Tolonglah... tolonglah capai kayu yang aku hulurkan kat kau ni..
Aku takkan masuk longkang tu sama-sama dengan kau.
Sebab kalau aku masuk, Kau, Aku dan kawan baru kau tu, kita semua akan tak dapat diselamatkan.
Takde orang nak selamatkan kita lagi.
Kecuali kalau ada orang 'ter'lalu-lalang dekat-dekat dengan longkang ni dan nampak kita, pastu dia ada rasa nak tolong...
Tapi itu pun kalau kita bernasib baik. Kalau tak, kita stay je la dalam longkang tu sampai mampus.
Mampus dalam keadaan yang busuk lagi jijik.


Kembalilah Sahabat...
Tolonglah keluar dari longkang tu..
Kau jangan uji kesabaran aku.
Kalau aku dah hilang sabar, aku blah je dari tepi longkang tu.
Penat dah aku pujuk ko supaya berpaut pada kayu aku ni ha..
Degil betullah kau ni.
Ape bende la yang best sangat dengan kawan longkang kau tu...


Tolonglah tahu, yang aku bukan nak singkirkan kau dari hidup aku sebab kau busuk bau longkang. Setiap masa, kau ada dalam kepala hotak aku. Aku sentiasa pikir macam mana nak selamatkan kau. Tolonglah kesian kat aku, kalau ye pun kau tak kesiankan diri kau sendiri. Sebab kat akhirat nanti, Allah akan tanya kat aku, apa yang aku dah buat untuk selamatkan kau. Tolonglah.

*****************

Dulu kita pernah rapat. Tapi sekarang dah tak macam dulu. Memang aku akui, manusia itu berubah. Tapi tolonglah berubah menjadi lebih baik. Jangan jadi lebih jahil, lebih liar, lebih bangga dengan dosa, lebih jauh dari Pencipta. Kenapa kau jadi macam ni? Kenapa kau sekarang lain dengan kau yang dulu?

Kawan-kawan kita yang lain pun pelik dengan kau yang sekarang. Mana pegi kau yang dulu? Yang semua kawan-kawan sayang? Yang selalu ada bila kawan-kawan perlu? Yang letak kawan-kawan kat list paling atas dalam hidup kau? Mana?

Macam aku cakap tadi, kau jangan uji kesabaran aku. Jangan sampai aku fikir, kenapa perlu aku selamatkan kau kalau kau sendiri yang tak nak diselamatkan. Simple, kembalilah pada Allah.


Tolonglah keluar dari longkang tu. Aku masih ada lagi kat tepi longkang ni, tetap hulurkan kayu ni pada kau. Pasal bau kau yang dah bertukar jadi bau longkang tu, kau jangan risau.
Lepas kau keluar daripada longkang tu, kau boleh pegi mandi, pakai sabun banyak-banyak, pakai bedak, pakai perfume. Bau longkang tu akan hilang. Kau jangan risau. Malah, kau mungkin akan berbau lagi wangi daripada aku yang tak pernah masuk dalam longkang tu.
Lepas tu, aku dan kau, kita sama-sama tolong keluarkan kawan baru yang kau jumpa kat dalam longkang tu.



p/s: Maaflah kalau ada sesiapa yang baca dan tak faham, sebab entry ni memang ditujukan kepada yang berkenaan sahaja. Apa-apa pun, aku mintk tolong pada sesiapa yang baca entry ni sama-sama berdoa supaya insan-insan yang terlibat diberi petunjuk daripada Allah.

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak: Finally.

Assalamualaikum

Akhirnya, tunjuk perasaan kat Mesir yang berlangsung selama 18 hari berakhir dengan keputusan bekas Presidennya, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatan.

Friday, February 11, 2011

Rindu. Part 1

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, aku asek teringat je kenangan dengan kawan2 geology satu batch.
Macam terbayang-bayang je diorang.
Kenangan masa 1st year sampai la sem lepas.
Haish.
Macam-macam.

***Zaman 1st year*****

Teringat zaman-zaman stay kat 4th ramai-ramai. Masa tu 1st year. Aku stay kat floor A200. Kat floor ni la paling ramai budak geology. Aku, Wark, McD, Are-da ngan Lydia. Sebelah bilik aku bilik Wark. Depan bilik aku pulak, bilik Mcd. Selang beberapa bilik, ada bilik Lydia and bilik Areda kat depan bilik Lydia. Korang dapat tak imagine kedudukan bilik kitorang ni? Hehe. Eh, hampir terlupa pulak. Floor kitorang ni ada seorang parasit. Dari floor C300. Nama dia Diba. Manjang semak je kat floor kitorang. Haha. Ye la, floor kitorang internet laju.

Saturday, January 29, 2011

Bijak atau bengong? Apa pendapat anda?

Assalamualaikum

Aku selalu bukak BlogSerius. Kat blog ni ada macam-macam yang pelik-pelik.

Satu entry dia pasal speed bump kat China.
Gambar kat bawah ni:


Cara ni memang la berkesan untuk kurangkan kelajuan kereta, tapi kalau ada orang dalam emergency- macam nak beranak contohnya, camana? Ada jugak yang terberanak kat dalam kereta pulak nanti. Haha

Friday, January 28, 2011

Manusia. Berubah.

Assalamualaikum

Hari ni, nak membebel pasal 'berubah'.
Berubah, maknanya, tak stay sama. Haha. Bangang kan, definition aku. Haha. Gelak cepat!

Daripada pemerhatian aku, kebenyakan manusia yang normal akan berubah.
Perubahan ni sama ada ke arah yang lebih baik, atau pun sebaliknya.

Macam-macam. Dari segi fizikal, mentaliti, sikap, etc.


Wednesday, January 26, 2011

Kisah Chua Soi Lek- Si Ahli Politik yang Bijak dan Pandai Apabila Berkata-kata.

Assalamualaikum

It caught my attention when I saw the title of an article linked on my friend's Facebook.
It says- "What's so great about knowing Muslims values?-Chua"

Lapan Bulan Lagi


Assalamualaikum

Hari ni tiba-tiba rasa sangat tak sabar untuk grad.

Tak sabar nak pakai academik robe dengan mortarboard.

Tak sabar nak suruh Mak masuk dalam Dewan Tunku Canselor untuk tengok aku naik pentas ambik degree scroll.

Tak sabar nak pakaikan Mak robe ngan mortarboard tu untuk ambik gambar. Hehe

Tak sabar nak ambik gambar banyak-banyak dengan dressing robe, mortarboard, scroll dan jambangan bunga kat depan DTC dan kat logo UM yang tertulis "2011".

Tak lupa juga, tak sabar nak posing baling mortarboard, dan ambik gambar melompat sambil pakai robe tu.

Tak sabar nak jadi seorang degree holder.

Tak sabar nak kerja.

Tak sabar nak sambung master. Insya Allah.


**Tarikh konvo tahun ni lambat lagi, bulan September. Maybe 1 week after sem start. Haish. sungguh tak sabar!

p/s: Academic calendar sesi depan start mid September.


Gambar: Masa Naufal konvo.


* Tolong doakan semuanya berjalan lancar, dan aku dapat hit target aku ye kawan-kawan semua!

Tuesday, January 25, 2011

Mungkir Janji

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cakap pasal mungkir janji. Aku sure, ramai yang pernah dengar yang orang yang mungkir janji tergolong dalam golongan orang yang munafik.

Ok, aku nak cerita pasal makna munafik dulu. Secara ringkasnya, munafik boleh dikatakan sebagai berpura-pura. Dalam ayat yang panjang sikit, munafik boleh dikatakan sebagai berpura-pura beriman kepada Allah, padahal dalam hati, tak. Lebih kurang macam tu la. *Kalo salah, tolong betulkan*

Ciri- ciri orang munafik ni termasuklah:
1) Bila berjanji, mereka mungkir.
2) Bila bercakap, mereka menipu (berdusta)
3) Bila orang dah bagi kepercayaan, mereka khianati.
(Source: Kat sini)

Ok, untuk kali ni, aku nak sentuh pasal mungkir janji je. Memang, dalam sedar atau pun tidak, kita selalu senang sangat berjanji. Tapi, dalam banyak2 janji tu jugak, banyak yg kita mungkiri. Aku tak blame2 orang lain, diri aku pun banyak kali jugak berjanji dan mungkir janji.


Kadang-kadang, masa kita dok sedap tabur janji tu, tak pernah pun terfikir apa akan jadi kalo kita tak boleh nak tunaikan janji tu. Janji macam2, sekali tak terbuat.

Jadi, aku rasa, nak selamat, jangan la berjanji2 ni. Nanti takut tak tertunai janji tu. Haa kan dah termasuk dalam golongan orang munafik pulak kang.

Wallahualam. Kalo ada yang tak betul, tolong betulkan.

Same2 la kita ingat-mengingatkan. Hehe

Thursday, January 20, 2011

Aktiviti picnic @ Taman Tasik Perdana with RedPink Geologists

Assalamualaikum

Hari ni, cuti umum sempena Hari Thaipusam.
Jadi, kami (beberapa orang student Geology) yang stay kat 11th (majority) pegi Taman Tasik Perdana.
Saja je la jalan-jalan, ambik gamba, makan-makan..
Overall, it was fun.
Santai je.
Melawat taman rusa + kancil, pastu naik tram...
Yang tak boleh blah, siap berebut pulak nak naik tram. Haha...
Bukan kitoraang sesama kitorang yang berebut, tapi kitorang dengan orang lain yang naik tram tu jugak.
Ye la, naik tram tu pusing-pusing just bayar rm0.50 je.
Memang murah wa cakap lu. Hehe.

Gambar?
Lu orang tengok kat FB gua je la. Malas nak upload. Haha

Sunday, January 9, 2011

Out of Control

Assalamualaikum

I have to admit, I'm very weak in managing stress.

Hari ni, semua tak kena.
Rasa diperalatkan, dikhianati, diperbodohkan, diperkotak-katikkan, tertekan gile.
Shit.
Konflik dalaman je ni.
Argghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hope everything will be back to normal soon.

Stress.
Pernah tak korang stress bile korang dah tak boleh simpan satu- satu benda tu dalam hati lagi dah, tapi dalam masa yang sama, benda tu tak boleh dikeluarkan jugak. Kalu dikeluarkan, takut macam-macam benda tak elok pulak jadi.
Haish.

Time-time camni la rasa macam nak je accident then hilang ingatan.


Saturday, January 8, 2011

Balifeel and Season of the Witch

Assalamualaikum

Alhamdulillah, rezeki hari jumaat... hehe
Dapat makan kat Balifeel, Bangsar Sphere.
Restoran ala-ala Bali.
Makanan boleh tahan sedap!


Ahli makan-makan, macam biasa:-
1) Aiza
2) Azie
3) Naufal
4) Hafiz

After makan, layan movie.
Season of the Witch.
Nicholas Cage jadi hero. Tapi hero mati at last.
Best jugak. Tapi banyak jampi ala-ala orang putih gitu.

Apa-apa pun, thanks to Azie, Naufal, and Hafiz.
It was awesome spending time with you guys!
Also, thanks for the Balifeel and movie treat.
:)


p/s: Happy Belated Birthday Azie!

Friday, January 7, 2011

Bersyukur

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas, aku balik KL dari Pahang naik bas Metro.
Naik dari Jengka, turun Pekeliling.
Macam biasa, aku sampai kat stesen bas Jengka awal.
Memang sengaja sebab nak naik bas awal, so boleh duduk kat seat tepi tingkap.
Nanti kalau duduk kat seat yang bukan tepi tingkap, susah pulak aku nak babai- babai mak aku kat luar. Hehe.

Masa balik hari tu, ada sorang akak ni, die duduk kat seat sebelah aku.
Kesian aku tengok dia, sebab dia macam xtau nak adjust seat tu.
Seat tu macam dalam posisi baring sikit.
Aku paham keadaan dia, sebab dulu masa awal-awal aku naik bas Metro ni pun aku xtau camane nak adjust seat tu.

Memula aku buat bodo je la tgk akak tu tapi lama-lama, kesian pulak.
So aku pun tolong la dia betulkan kedudukan seat tu.
Tapi, aku terkejut and kesian pun ada bila akak tu cakap 'terima kasih'.
Bukan apa, rupa-rupanya, akak tu sengau.
Maybe sebab tu dia tak mintak tolong aku kot.
Mungkin dia takut aku tak paham cakap dia.
Tapi aku boleh je paham, sebab aku kenal jugak beberapa orang yg sama macam akak tu.
So boleh la tangkap jugak apa yg diorang cakap.

Aku borak-borak la sikit ngan akak tu sepanjang perjalanan.
Serba salah pun ada, sebab aku tengok akak tu macam struggle giler cuba kurangkan sengau dia.
Kesian dia.

Tapi aku bersyukur sebab dapat jumpa akak tu.
Alhamdulillah, at least aku boleh cakap macam manusia normal.
Dia buat aku sedar bertuahnya aku sebab banyak betul nikmat yang Allah dah bagi pinjam kat aku.
Tapi tu pun, selalu jugak aku merungut- rungut dan mengeluh bila Allah datangkan ujian.
Mungkin Allah aturkan pertemuan aku dengan akak tu supaya aku jadi lebih bersyukur.