Saturday, December 18, 2010

Homoseksual- Rasa Nak Lempang Laju-laju.

Assalamualaikum

Aku baru terbaca pasal seorang engineer mengaku dia gay.
Secara terang-terangan ok.
Engineer.
Umur 32 tahun.
Mamat ni join satu pergerakan (lebih kurang) yang memperjuangkan kebebasan seksual.
Seksualiti merdeka, kata mereka.
Yang join group ni set2 gay, lesbian, biseksual, transgender..
Aku takmo letak link.

Yang lagi sedih, mamat ni nama dia melayu habis.
Buat malu jek.
Ape la nak jadi.

Engineer, 32 tahun. Maknanya dia bukan tak pandai.
Dan sepatutnya boleh berfikiran matang.

'Saya gay, saya ok'- dia kata.
Kepalahotak hang. Kat dunia ok la.

Nak tunggu musibah datang ke baru nak insaf?


p/s: Inilah jadinya bila pendidikan duniawi dipentingkan sangat. Sampai dah tak boleh beza halal haram. Wallahualam.

Thursday, December 16, 2010

Pink, Merah Jambu

Assalamualaikum.

Tahukah anda warna merah jambu adalah salah satu warna favourite Rasulullah SAW?
Warna-warna favourite baginda ialah putih, hijau n merah jambu.
Tapi, sekarang ni kalau ada lelaki pakai apa-apa yang berunsurkan merah jambu, kebanyakan (ulang lagi, kebanyakan ye.. bukan semua) orang (termasuklah aku) mesti kutuk (sama ada terang-terangan atau dalam hati).
Aku pun terikut-ikut ideologi Barat yang mengatakan merah jambu lambang perempuan.
After this, harap korang tak payahlah nak kutuk ke ape ke if nampak lelaki pakai merah jambu k.
Pasni nak pakai baju kaler putih, hijau ngan merah jambu. Ehehe.


p/s: Korang tahu tak, aku dengar orang kata Nabi Muhammad hensem. Korang bayangkan orang yang paling hensem, Nabi lagi hensem daripada orang tu. Wallahualam.

Sindrom Cuti

Assalamualaikum..

Bila tak cuti, nak cuti.
Tapi bila cuti, bosan la pulak.

Farmville, Fishville, Petville, Cafe World memang maju gila masa cuti ni.
Tapi kalau asek layan game je pun bosan jugak.
Haish.

Rindu pulak nak lepak kat library UM. Ehehe ;p

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


p/s: Siapa2 yang layan game kat Facebook jugak untuk hilangkan bosan, jangan segan add me as neighbour. Pastu hantar gift banyak2 ye. Peace.

Wednesday, December 8, 2010

finally final

assalamualaikum

hari ni hari terakhir exam aku untuk semester ni.
Petrology Igneus II (Theory).
Pasni, cuti 3 minggu.
:)

Tuesday, August 3, 2010

kuih raya 2010.

assalamualaikum


klik pada gambar utk paparan lebih besar.


Harga: RM 26 utk sebalang ( ada 50 biji). RM 100 utk 4 balang. Boleh campur2.

Ingredient semua yang berkualiti. Dijamin.

Berminat? Sila rujuk www.airashomebites.blogspot.com utk maklumat lanjut.

DETAIL:-

COOKIES ORDERING : 1/8/2010 - 17/8/2010

CUPCAKE/CAKE ORDERING FOR AIDILFITRI : 1/9/2010 - 6/9/2010

COOKIES DELIVERY : STARTS FROM 1/9/2010 (IF U NEED THE COOKIES EARLIER,LET US KNOW)


PICK-UP POINT: SHAH ALAM (SEKSYEN 7)

TO ORDER: Call/SMS 012-2840565(aida)
email:airashomebites@yahoo.com

Tuesday, June 29, 2010

pasal lagu pun jadi masalah ke?

assalamualaikum.

kenapa artis/penyanyi malaysia selalu complain orang kita bagi sokongan lebih kat penyanyi indonesia?
bagi aku, senang je.
sebab lagu indonesia ni lagi sedap daripada lagu malaysia.
serius.
bukannya aku nak kondem ke ape, tapi lagu2 seberang ni macam sedap je didengar.
of course, bukan semua lagu malaysia x sedap, dan bukan semua lagu indonesia sedap.
so aku rasa, terpulang la pada individu nak suka lagu mana pun.
hoho.

p/s:aku suka kerispatih ngan dygta.
:)

Sunday, June 27, 2010

terlalu sayang.

assalamualaikum.



coklat cadbury gold ni wak bagi masa birthday tahun lepas.

mula2 nak makan, tapi sayang.

last2, sampai sekarang x makan.

sebab sayang.

dah expired pun coklat ni.

biar je la, xnak makan terus.

simpan je.huhu..

Saturday, June 19, 2010

Motivating Quote.

Assalamualaikum.

Untuk entry kali ni, aku nak share satu quote yang bagi aku, boleh dijadikan motivasi dalam hidup.

"life is too short to wake up in the morning with regrets. so love the people who treat you right and ignore the ones who dont and believe that everything happens for a reason. if you get a chance, take it. if it changes your life, let it. nobody said it would be easy, they just promised it would be worth it."



aku harap dapat mambantu kawan2 yang mana tgh down ke, ape ke. :)

Aku Mau- Once

Assalamualaikum

hari ni aku keje shift malam.
masuk pukul 4 ptg, habis pukul 12 midnight.
dalam kereta, on the way balik rumah aku dengar lagu "Aku Mau- Once".
layan dowh lagu ni.
kalo ade masa, korang layan la lagu ni keyh.


AKU MAU

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggapku tak ada
Tapi takkan merubah
Perasaanku kepadamu

Ku yakin pasti suatu saat
Semuakan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Slalu bersedia bahagiakanmu
Apa pun terjadi ku janjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun ku percaya
Kaukan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Slalu bersedia bahagiakanmu
Apa pun terjadi ku janjikan aku ada

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka untuk mu selalu

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
slalu bersedia bahagiakanmu
apa pun terjadi
ku janjikan aku ada

Saturday, May 8, 2010

Friday, May 7, 2010

aku sepak jugak ni karang!

assalamualaikum

aku kene buat correction tesis ni lagi sikit.
sikiiittt je lagi.
tapi bapak la malas nak start.
haish.

Thursday, May 6, 2010

stand back, take a breath.

assalamualaikum.

alhamdulillah, tesis aku dah 98.888% siap. lagi sikit je lagi nak kene tambah. esok supervisor aku cakap dah boleh print dan hantar.
yes.

pasni aku boleh:
-main game banyak2 sampai power spek aku naik
-tengok cite kat hard disk ngan dvd ( dah dekat 2 taun aku kepam x tengok2)
-tido puas2
-stalk facebook orang =p

bestnye...

pasni aku akan kembali berblog balik.
hehe.

p/s: weh, order la cupcake. cepat. aku bagi diskaun.

Thursday, April 1, 2010

weh x bosan ke akademi fantasia ni?

assalamualaikum

aku x paham la ape motif akademi fantasia ni.
bagi aku, penganjur akademi fantasia ni macam memperbodohkan rakyat malaysia.
(atau lebih tepat lagi, peminat2 akademi fantasia ni la).
kalau kita tengok balik daripada musim2 af yg dulu2, bukannye semua peserta af ni glemer sangat.
ade sesetengah (kebanyakan) macam terabai je lepas af abes.
bape orang je budak2 af ni yg betul2 menjadi?
come on la, sape2 yg afundi tu, baik korang save je duit tu.
kalau ye pun pemurah sangat, bagi je duit yg korang ingat nak buat afundi tu kat masjid2 ke, anak2 yatim ke...
kalo topup pastu buat call mak pun bagus.
memang la itu bukan duit aku, tapi aku rase macam membazir je kalo pegi afundi2 ni.
ntah la, xtau la nape pulak tetibe aku emo pasal af ni.

Saturday, March 6, 2010

jangan risau. im still alive.

assalamualaikum

aku akan rajin update blog lepas setel sume pasal tesis.
mungkin lepas sem ni tamat.
sekian harap maklum.




p/s:
poyo x?
haha

Tuesday, March 2, 2010

aku pun nak berniaga jugak!

asalamualaikum

kakak aku ade jual cupcake n cake.
aku nk promote ni.
ade macam2 design.
kalo nak yang customize pun boleh.
ade delivery service.
delivery charge depends on tempat.
ape lagi, order cepat!

p/s: korang cek blog ni keyh..
www.airashomebites.blogspot.com

Sunday, January 24, 2010

rosak!

assalamualaikum

sejak aku duduk kat 11 ni, aku rase masalah paling besar sekali selain barrier gate yang suke hati die bile nak terbukak ialah internet connection yang amatlah teruk.
paling aku bengang, tanaman aku kat farmville abis rosak sebab x harvest. rugi2!
haha.

Wednesday, January 6, 2010

field kat negeri sembilan dengan viva

assalamualaikum

kali ni nak cite pasal viva.
bukan viva kete tu tau.
ni aku nk cite pasal viva awal tesis aku.
viva hari jumaat ni.
reader aku?
prof wan ngan dr islam yang dari bangladesh tu.
aku cuak jugak dengan prof wan.
dengar cite dia strict.
hoho.
dr islam aku x tau la strict ke x.
mintak2 ok...


semalam lepas kelas petroleum aku ikut wak dengan mcd g tengok field diorang.
bukan tengok la sebenarnya, tapi cari.
kitorang gerak pukul 12.
naik ngan dr ahmad.
mule2 g nilai.
x shopping pun eh.
kitorang makan je kat nilai 3.
pastu pusing2 sampai kat mane entah..
ulu bendul, pilah, bukit putus, labu,sumer kitorang round.
tapi ade berape outcrop je yg kitorang jumpe.
hoho.

plan asal mcd ngan wak dapat field kat negeri sembilan tu la.
tapi disebabkan outcrop yang x banyak, mcd kene buat kat damansara.
wak je dapat negeri sembilan.
siap ade outcrop dekat2 ngan umah die lagi.
best la.
pastu pukul 7 setengah sampai jabatan balik.
on the way tu dr ahmad bawak laju gile.
140 die bawak rilek je..
huhu.
cuak gak kitorang..