Tuesday, December 29, 2009

dan janganlah kamu menghampiri zina..........

assalamualaikum


arini aku tengok2 balik gamba yang ade dalam hard disk aku.
saje boring2.
tetibe jumpe pulak gamba ni.




"dan janganlah kamu menghampiri zina(berpegang- pegangan, berdua- duaan dan
bercumbu- cumbuan di antara yang bukan mahram), sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat( yang membawa kerosakan)."

- al isra' 32



this was taken in mersing.
during our last fieldwork.
aku rasa kena letak banyak2 sket la board macam ni.
kasi peringatan sikit.
hehe.



aku tau aku pun bukannya baik sangat.
tapi apa salahnya kalau kita saling mengingatkan ..
betul x?



peace!

Thursday, December 24, 2009

manusia

assalamualaikum

semoga sihat2 saja kawan semua.
hari ni mamang bermakna bagi aku.
hari ni aku faham apa makna hamba tuhan yang sebenar.
kita selalu dengar, di sisi allah kita ni sama je.

tak kira la kau belajar tinggi mana pun,
harta kau berlambak2 ke,
muka kau hensem ke,
tapi kalau hati x bersih, kau tetap dipandang hina oleh allah..

hari ni aku jumpa sorang manusia ni.
kalau kita tengok, dia ni bukanlah orang yang kaya.
daripada pandangan aku, dia ni pun bukanlah belajar tinggi sangat.
aku x rasa dia ada degree.
spm mungkin la lepas.

tapi apa yg buat aku kagum dgn dia ni, dia sanggup tolong sorang lagi hamba allah ni.
hamba allah yang sorang ni memang bijak pandai.
setakat spm tu memang sah2 la dia lepas.
blaja memang tinggi la.
selalunya aku tengok dia ni macam berlagak sikit.
ye la, mentang2 dia pandai..
dia selalu kutuk2 orang yang kurang pandai berbanding dia.
selalu pandang rendah kat golongan yang macam tu.
hari ni dia ditimpa satu masalah.
musibah.
last2, orang yang dia anggap x berapa pandai tu jugak yang tolong dia.
nampak la dia tolong ikhlas.
seboleh2 nak jugak tolong.
aku harap 'dia' yang bijak pandai tu sedar.
yang kita kat bumi tuhan ni x boleh berlagak sangat.
harta kekayaan, darjat, tu semua x menjamin kesenangan yang sebenar kat dunia ni.
biarlah x kaya dengan harta benda, tapi hidup dalam rahmat tuhan..
kalau harta x seberapa pun, mesti bahagia. asalkan hati bersih.
aku bukan bagus sangat, tapi apa salahnya mengingatkan diri sendiri dan orang lain.
manusia memang macam tu.
kene selalu diberi peringatan.
sebab manusia memang cepat lupa.
aku pun manusia.
jadi tolong ingatkan aku selalu.
supaya aku x lupa.

wasalam.

Monday, December 21, 2009

terasa macam kat awang- awangan

assalamualaikum.

aku terasa mcm terawang2 sebab ngantuk campur pening sikit2.

sekarang dah pukul 4 pagi, tapi aku masih lagi tak tidur.
aku bukan saja2 gatal nak stay up k.
aku nak siapkan kerja tesis aku.
kalau boleh nak habiskan part yang tulis2 ni.
biar pasni tinggal interpret data je.
aku pun dah pening dah tengok perkataan2 seperti well log, resistivity, porosity, sonic, gamma ray, caliper, dan banyak lagi perkataan lain yang aku x larat dah nak sebut kat sini.


kepada rakan2 yang jugak tengah buat tesis, aku ucapkan gud lak.
semoga kita semua dapat skor tesis.
semangat!

yang x payah buat tesis, best la.
mesti korang tengah tidur sekarang.
ish.
jeles betul.
takpe, aku doakan korang mimpi korang kene buat tesis.
haha.

ok, later ppl.

Tuesday, December 8, 2009

roda yang berputar.

assalamualaikum

benar kata orang, hidup ini bagaikan roda.
kadang2 kita di atas, tapi pasti ada jugak masa kita di bawah.
aku rasa, sekarang ni aku tgh dalam fasa yang kat bahagian bawah roda tu la.
sbb skarang hidup aku macam x best.
maksud aku sume yang aku buat macam x menjadi.
sume x kene.
lebih spesifik lagi, study aku la.

tapi camane pun, aku yakin roda tu akan terus berputar.
aku x selamanya ada kat bawah ni.
yang penting, usaha.

korang mesti pernah dengar firman allah :

"allah tidak akan mengubah nasib satu kaum itu selagi mereka sendiri tidak
mengubahnya"


jadi aku rasa apa yang penting sekarang ni, aku kene kasi semangat kuat, motivasikan diri sendiri.
terus pandang depan.
jalan ke depan, bukan ke belakang.



jangan mecok!



assalamualaikum..


kali ni aku nk post something pasal sifat marah.
sape2 yang kenal aku, mesti tau aku ni jenis yg cepat marah.
so tadi aku search kat internet pasal camane nak elakkan marah.
pastu aku jumpe artikel ni.
aku amek dari sini.
ni aku copy je.
so kalo korang rase ade mase, sile la bace k.
untuk manfaat bersama.
marilah kite saling mengingatkan sesama kita.
sebab manusia ni kan memang kene selalu diingatkan..
peace!

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan .
Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:


1)Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.


Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :


Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar:

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg
kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani).



2)Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain.


Firman Allah swt


"Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)



Nabi SAW bersabda bermaksud :


"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)



"tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan
Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”(hadith riwayat Abu
Daud)




3) Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.


Firman Allah Ta’ala :



"dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah.
Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui" (Al-A’raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :



"sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut
diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku
berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam”(hadith riwayat Bukhari
dan Muslim)


4) Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.


Nabi SAW bersabda maksudnya :



"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia
duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara
mengiring"(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)




5) Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.


Nabi SAW bersabda maksudnya :



"apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam",Nabi saw
mengucapkannya 3 kali(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)




6) Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api.


maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan.


Nabi SAW bersabda maksudnya :



“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta
daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia
berwudhuk”(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di
dalam hati anak adam”(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)



Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.