Wednesday, January 28, 2009

away for 6 days~

assalamualaikum

kawan2 sume.
6 hari ni xde update kat blog ni insya allah.
g fieldwork.
akan kembali membebel pas 2 feb k.

Tuesday, January 27, 2009

maju sudah~

assalamualaikum

wah..die da ade blog skang.
maju2.
hehe.tapi die xnak di 'capub' kan di blog aku ni.
korang teke la siape die.
ahaha.

Saturday, January 24, 2009

bodoh betul la

PEROGOL ANAK LOMPAT KANDANG SELEPAS HAKIM JATUH HUKUM


LELAKI yang didapati bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anak kandungnya berjaya ditangkap sekumpulan pekerja kontrak selepas dia cuba melarikan diri dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam, sebaik hakim menjatuhkan hukuman.

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini semalam gempar apabila seorang bapa yang dihukum penjara 69 tahun dan 30 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anak kandungnya, melarikan diri sebaik hukuman dijatuhkan. Dalam kejadian jam 4.30 petang, lelaki berusia 39 tahun itu melompat keluar dari kandang tertuduh sebelum terjun ke bawah bangunan setinggi kira-kira dua meter itu. Drama mencemaskan itu berakhir lima minit kemudian apabila tertuduh ditahan beberapa pekerja kontrak di kawasan pembinaan di sebelah mahkamah selepas mendengar jeritan anggota polis yang mengejarnya.

Terdahulu, Hakim Hasbi Hasan memerintahkan bapa lapan anak itu menjalani serentak hukuman penjara 23 tahun bagi setiap tuduhan, bermula dari tarikh dia ditangkap. Dia juga dihukum 10 sebatan bagi setiap kesalahan. Tertuduh yang ditahan pada 13 April 2008, dituduh merogol anak perempuannya yang berumur 13 tahun enam bulan ketika kejadian pada 2, 14 dan 25 Mac 2008 di rumah mereka di Gombak. Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, mengaku bersalah selepas sembilan saksi termasuk mangsa memberi keterangan di mahkamah, kelmarin.

Ketika merayu hukuman diringankan, tertuduh berkata dia sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu serta mahu kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
Bagaimanapun, Penolong Pendakwa Raya, Wan Noor Nisa Ngadirin memberitahu mahkamah, tertuduh sudah disabitkan dengan tiga tuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebat sekurang-kurangnya 10 sebatan. Katanya, pengakuan salah tertuduh pula dibuat selepas sembilan saksi memberi keterangan dan hanya tinggal tiga saksi yang perlu memberi keterangan. Wan Noor Nisa juga memberitahu mahkamah, tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau termasuk kesalahan mencabul.
-Berita Harian
***************************************
>>>aku memg sakit ati bace artikel ni.ade ke patot rogol anak sendiri. da la budak tu baru 13 taun je umo.memg bodoh la jantan ni.pastu bile da jatuh hukum tau plak nak lari.bengong.patotnye potong je die nye *tuut* tu.bia die rase.hampeh.anak tu kan amanah.die g bantai rogol plak. memg nafsu cam kuda btol.hish. jawab la ko kat akhirat nant.

superhuman

Weak
I have been crying and crying for weeks
How'd I survive
when I can barely speak, barely eat
On my knees

But that's the moment you came to me
I don't know what your love has done to me
Think I'm invincible
I see through the me I used to be

You changed my whole life
Don't know what your doing to me with your love
I'm feeling all super human you did this to me
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human
Super human...

Strong
Since I've been flying and writing the wrongs
Feels almost like I've had it all along
I can see tomorrow

Well every problem is gone because
I flew everywhere with love inside of me
It's unbelievable to see
how love can set me free

You changed my whole life
Don't know what your doing to me with your love
I'm feeling all super human, you did this to me
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human
Super human...

It's not a bird, not a plane
It's my heart and it's going, gone away
My only weakness is you
Only reason is you
Every minute with you
I can feel like I can do anything

Going going, I'm gone away love
You changed my whole life
Don't know what you're doing to me with your love
I'm feeling all super human, you did this to me
A super human heart beats in me
Nothing can stop me here with you
Super human...
Super human...

Friday, January 23, 2009

kalaulah...

Dari kengkawan Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir... kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarahditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu:

Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negaraIslam yang lain plak jadik cam kiter?MALAYSIA DISERANG ???untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa. (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tenterauntuk menyerang malaysia...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburupengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya.

Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silihberganti...

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negerisembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang...DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada dirisendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata...

Anda menangis ketakutan...Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.

Anda dipukulseparuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan.

Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri...

Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....Apa yang anda Harapkan pada masa itu????Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDAMENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavalidalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil PendudukIslam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagikomen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAMSEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADAMEREKA??fikir-fikirkan...


*artikel ni dicilok drpd emir*

adeih.bile ni???

assalamualaikum

bile jpa nak masok ni???kepokaian dah sampai ke tahap dewa dah~

Thursday, January 22, 2009

akibat tak pakai protection

assalamualaikum

mlm tadi ade friendly hoki ngan 5th. tapi aku x pakai full protection.yg patotnye aku pakai kat kaki(yg cam suar gile besar gedabak) ngan kat lengan, aku x pakai. sbg akibat die, skang badan aku sakit.ye ah, sakit dow jatuh kat court tuh.da la simen keras.(tapapetah lawan hoki kat court basket.ye r, 4th ni kan miskin.court pon x cukup.sumer nak main kat court basket tuh.futsal,netball,basket,hoki,handball,etc.sumer gune court basket).kan aku x pakai pad kat lengan tuh, so skang tangan aku ade luke sket.kat siku.sakit dow.pastu kaki pon lebam2 gak.da la lebam jatuh toilet tuh x ilang lagi.tambah plak.adeih.


team hoki 4th taun lepas.hehe.capub sket =p

Wednesday, January 21, 2009

aku kemalangan

assalamualaikum

mlm tadi aku jatuh kat toilet.huhu.tym tu baru pas mandi kat shower.pas siap mandi,aku ngan penoh konfiden melangkah keluar dari shower tersebot. ye la, nak cepat.huhu.x sangke plak kat luar tu tah malaun mane tah pas basuh baju pastu x cuci balik tempat cuci baju tu.penoh ngan buih.licin abes lantai.huhu.tu yg wat aku jatoh tu.aku memg x pueh ati ngan org yg x cuci balik tempat basuh baju pas siap basuh baju.huhu.sbg akibat,skang kaki aku lebam.memg sakit ah jatuh smalam.korg bayangkan je la aku yg gemok ni jatoh.(mesti bleh bayangkan camane.haha).ish.da la aku ni gemok.memang sakit ah jatoh.huhu.naseb baik xde org tym aku jatoh tu.ahakz.

so kpd korg sume, aku nk pesan sblm korg kua dr shower, tgk dulu lantai ade buih x..kang jatoh plak cam aku ni...

hockey friendly match

assalamualaikum


esok ade friendly match ngan 5th plak.adehai.bapak la malasnye aku nak main.huhu

=(

Tuesday, January 20, 2009

haish.tensen

assalamualaikum

tensen.sedih.emosi x stabil.stadi x masuk.esok ade test petro amali.mineral da la kantoi.ish.tertekan tol la.nyesal amek subjek ni.

Monday, January 19, 2009

hikmah solat 5 waktu...

assalamualaikum..

nk kongsi info pasal hikmah solat 5 waktu...aku pon nk ckp pasal bab2 agama ni xde la ebat sgt...info ni pon dpt dr tenet gak

1. ZUHUR - Semasa waktu ini, api neraka jahanam sedang marak menyala, iaitu marak semaraknya(paling panas daripada biasa). Pada waktu ini juga segala makhluk sedang bertasbih kepada ALLAH s.w.t.- Barangsiapa yang tidak meninggalkan waktu solat zuhur ini, maka terhindarlah dia daripada keperitan api neraka.

2. ASAR - Semasa waktu ini, Nabi Adam sedang mahu menghampiri Pohon khuldi atas pujuk rayu Hawa. Sebenarnya sebelum itu, iblis telah menggunakan ular untuk berbisik kepada Nabi Adam untuk menghampiri pohon tersebut, tetapi malang Nabi Adam tidak termakan dgn bisikan dan hasutan tersebut. Kerana kegagalan untuk menghasut Nabi Adam, sebab itulah iblis menghasut Hawa dan berjaya menghasutnya. Dikatakan juga, Allah telah menyumpah Hawa dan ular tersebut.sumpahan tersebut ialah, Kaum Hawa didatangi haid (coz Hawa memegang dan menggoyang2kan pohon tersebut hingga keluar cecair daripada pohon itu) dan ular disumpah berjalan tanpa menggunakan kaki.- Pahala mengerjakan solat pada waktu ini ialah pahala seperti bayi baru dilahirkan.

3. MAGHRIB - Pada waktu ini ALLAH telah menerima balik taubat Nabi Adam, yang ketika itu di Jabal Rahmah, Pdg Arafah.- Sekiranya kita bersolat pada waktu ini, ALLAH memperkenankan doa hamba2nya. Pada waktu ini ALLAH sedang menunggu kita meminta daripada-NYA.

4. ISYAK - Solat isyak sebenarnya telah dilakukan oleh para Nabi2 sebelum Nabi Muhamad diutuskan lagi.- Pahala pd waktu ini ialah cahaya akan mengiringi kita semasa isra’ mikraj.

5. SUBUH - Bebas daripada 2 penyakit: 1. Munafik 2. Api Neraka


so...renung2kan,dan selamat beramal! =)

Sunday, January 18, 2009

prodigians wajib tau nih!hehe

assalamualaikum

undilah calon fakulti anda.ahmad naufal bin azman.ahaha.x sangke tol aku..naufal jadik calon mpmum taun ni.hehe.tapi silap ah naufal.apsal jd calon fakulti je?jd la calon umum..huhu.dak2 alam bina je la bole undi ko.huhu.da la parti bebas.ape barang parti bebas..jadik la calon pmium ke..baru la sensasi.ngeh3...ahaha...tapi xpe,ape2 hal pon,aku sokong ko dari belakang.hehe.ape lagi dak2 alam bina, undilah ahmad naufal bin azman.hehe..to naufal, all da best..

p/s: i wonder what his manifestos are??? n teringin gak nak tengok naufal berkempen.ahaha...sori naufal, ko telah di"capub" kan di blog aku nih =p


banner yang tertera nama ahmad naufal bin azman.ahakz!

Saturday, January 17, 2009

ape kejadahnye letak kepala ba** kat surau API????


assalamualaikum...

rasenye dah heboh kot pasal bende ni.. ari jumaat lepas(16 jan 2009), um digemparkan ngan berita yg memg hot... ade kepala bab** dijumpai kat dalam surau api( akademi pengajian islam) um ni..kepala ba** tersebut diletakkan kat atas bendera pas lak tu.ish.provokasi tol.huhu

bese la,tym2 pilihanraye kampus ni.. macam2 hal lak jadi.pasal kepale ba** tu, xtau la sape nye angkara.. hampeh tol.da la letak kat dalam surau.ish3..da la,aku malas plak nk komen byk2.korg tgk je la pic ni sniri...sile la komen plak k

kat bendera pas tuh ade tulis pmi,pro-m ngan pas..huhu

Friday, January 16, 2009

fieldwork terakhir kita bersama....

assalamualaikum

x lame lagi dah nak cuti tahun baru cina plak. tapi cam bese la, dak2 geology kene gi fieldwork lagi. dis tym fieldwork kat mersing, johor. 27 jan sampai 2 feb.dengar cite dr sam ngan dr mus yg bawak kitorang. fieldwork structural geology ngan geofizik. sekali lagi, segala perbelanjaan sepanjang fieldwork ni pun akan ditaja oleh diri sendiri lagi.huhu.tp insya allah scholarship dah masuk sebelum fieldwork.kalo x memg mampos la aku. mane ade duit.huhu.
walau camane pon, fieldwork kali ni lah fieldwork yang last kitorang gerak sekali 1 batch. pasni ade fieldwork lagi, tapi untuk tesis la. xde la nk gerak ramai2 lagi dah.sedih gak.sbb da 3 kali kot g fieldwork ramai2.....tp xpe ah, nk wat camane kan...

Monday, January 12, 2009

favourite pic of my nephew

assalamualaikum

kat bawah ni pic yg agak terbaru anak sedare aku, aqil. skang umur die setaun lebih. aku suke gle pic ni.sbb die nmpk cam hepi gle.siap gelak sampai terbukak dgn luas sekali mulot beliau.nampak sgt comel.hehe.oh ye, yg sebelah die tu, abang ipar aku merangkap papa aqil.
ape komen korg?comel x?hehe



Sunday, January 11, 2009

my hectic life's back

assalamualaikum

skang da start semester baru.
nampaknye hidup aku sbg seorg mahasiswa universiti(ahakz!) dah kembali sibuk balik. kenape aku sibuk?

1. tym2 awal semester ni la byk bende yg kene setelkan.nasib baek la aku da siap register (+add n drop) subjek utk semester ni wpon cam x puas ati. ye la, aku dapat register 19 jam kredit je semester ni. ingat nak amek 21 jam kredit.huhu.bkan ape,kalo ake amek banyak ke, sikit ke jam kredit, same je.pointer tetap lebih kurang.huhu.

2. dah setel pasal subjek, skang ni dah start balik training hoki untuk sukmum. so tiap malam, aku kene la turun training tersebut.(tapi aku turun setengah jam lambat la).malas.hehe. kalo korg nk tau, aku jadi goalie je.ahakz.aku malas la jadi defend ke, striker ke,ape ke...malas nak berlari2.ngeh3.kalo jadi goalkeeper,xyah nk pent2 lari.dok je dalam goalpost tu diam2.jage gol leklok.hehe.

3. bile semester baru da start, maknenye klas jalan cam bese. kalo dulu tym cuti sem aku boleh bgn tdo lambat dan sesuke hati, tp skang da lain. yg buat aku tensen lagi, kelas aku dari isnin sampai khamis start kol 8 pagi.ye btol, 8 pagi.huhu. minggu lepas je, aku dah ter'miss' a.k.a ponteng klas kol 8 tu 3 kali.huhu.x bleh tahan la nk tdo pas subuh...huhu.x sangke plak boleh terlajak tdo sampai 'ter'ponteng kelas.huhu..

4. alamak.aku kene stop.x siap lagi repot fieldwork aritu.da la kene submit las friday patotnye.huhu.tp aku dgn selambenye nk anta esok.huhu.ok,chow dulu.adios~

Friday, January 9, 2009

bukti kasih sayang allah kepada wanita(cilok from emir.hehe)

assalamualaikum

Wanita

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


>>>>MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ...kan?

Saturday, January 3, 2009

another year comes

assalamualaikum

pejamcelik2, tahun 2008 dah abes dah. skang dah masuk 2009 plak. x sangke cepat btol masa berlalu. tetibe teringat org ckp, masa ni ibarat emas.tu la perumpamaan yg org gune utk gambarkan betapa berharganya masa. tapi sejauh mane kite menghargai masa? aku rase aku ni bknlah org yg btol2 menghargai masa. banyak je membazirkan masa yg berharga tu. suke btol menangguhkan keje.pastu wat bende2 yg x de pekdah.ish3.da la idop kat dunia ni x lame. tah esok,tah lusa, kite dah xde lagi kat dunia ni.aku rasa amal ibadat aku mmg x cukup lagi utk dijadikan bekalan kat alam yg seterusnya tu..slalu je ingat yg kite ni idop x lame.tp biasa la manusia,selalu je lalai.huhu.tetap nak wat keje2 x berpekdah...termasuk la aku...

erm kalo cakap pasal new year, selalunye benda yg terlintas kat kepale otak kebanyakan manusia mesti la azam tahun baru.btol x?tapi kan,bagi aku ape azam tahun baru kita tu x penting.yg penting, sejauh mana kita dapat merealisasikan(ceh) azam kita tu.huhu.x guna la kalo azam bunyi cam gempak, tapi kita xde usaha nak jadikan azam kite tu satu realiti.contoh, kalo azam taun ni nak dapat pointer 3 n above, tapi xde langsung usaha yg kite wat utk dapatkan 3 pointe tu, sama je la.bek xyah ade azam.huhu.tapi camane pon, azam ni penting gak.at least azam tu dapat kite jagikan sbg goal or target yg kite kene achieve.ade org yg azam die nk kurus,ade yg nak jimat duit,nak baiki pointer,macam2 la. ape2 pon, cam aku ckp td la...yg penting sejauh mane kite usaha utk capai azam tu...

ok la,da malas nak ngarut lagi.akhir kata, happy new year (wpon da 3 ari bulan ketika post ni ditulis) huhu...