assalamualaikum
entry kali ni aku nak cerita pasal tesis.
pagi tadi aku jumpa supervisor tesis aku, en islami.
aritu dia suruh aku type pasal tectonic setting of malay basin.
aku pun buat la, tapi belum siap lagi.
tadi aku saje je la tunjuk progress tesis aku tu kat die.
senanye dia suruh aku tunjuk kat die las week, tapi aku buat2 bangang x anta kat dia.
tadi aku tunjuk kat dia.
aku dah cuak gila sebab aku x siap lagi.
aku baru siap type 6 page.
tapi, aku terkejut gila dengan reaksi dia bila aku tunjuk apa yg aku siap type tadi.
dia cakap, "panjangnya awak type! saya expect awak type dalam 2 page je..."
mula2, aku ingatkan dia nak perli aku.
rupanya tak.
memang nak sikit je.
sebab dia cakap, untuk tesis 1st degree ade limit page.
80 page.
aku punya data nanti banyak page, takut terlebih 80 page pulak tesis aku nanti.
moral of the story: penat je aku cuak.haha.tu la, kalo aku anta je las week kan senang.haish!
pasni nak kene belajar software pulak.huhu
Thursday, October 15, 2009
panjangnya!
Posted by aizatieramli at Thursday, October 15, 2009 0 comments
Sunday, October 4, 2009
menarik.. (amek dr berita harian)
Banyak perkara kebetulan berlaku di antara Presiden Abraham Lincoln dan John F Kennedy
ABRAHAM Lincoln dan John F Kennedy boleh dikatakan dua presiden Amerika Syarikat paling dikenali dan popular dalam sejarah negara itu. Mereka dikagumi dengan perubahan yang dilakukan dan keperibadian masing-masing yang jauh mendahului senarai panjang bekas pemimpin lain Amerika.
Seperkara menarik yang mengaitkan Lincoln, presiden ke-16 dengan Kennedy, presiden ke-35 Amerika ialah banyak kebetulan yang berlaku antara kedua-duanya, daripada susur galur perjalanan untuk menjadi lelaki paling berkuasa di dunia sehingga kepada pembunuhan paling diingati dalam sejarah.
Konspirasi misteri atau kebetulan antara kedua-dua lelaki berkenaan bermula dengan pelantikan Lincoln menjadi anggota Dewan Perwakilan pada 1846, manakala Kennedy pula mendudukinya genap 100 tahun kemudian pada 1946. Malah, Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860, diikuti Kennedy 100 tahun selepas itu.
Setiausaha Lincoln bernama Kennedy, manakala setiausaha Kennedy bernama Lincoln. Kebetulan paling misteri antara kedua-dua bekas presiden itu ialah mereka pernah kematian anak ketika menduduki Rumah Putih. William Wallace Lincoln meninggal dunia pada usia 11 tahun ketika bapanya menjadi presiden, manakala Patrick Bouvier Kennedy meninggal dunia ketika berusia dua hari pada 9 Ogos 1963, tiga bulan sebelum Kennedy dibunuh.
Lincoln dan Kennedy mati ditembak di kepala pada Jumaat. Lincoln ditembak oleh John Wilkes Booth, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.
Seperkara menarik melingkari kisah pembunuhan mereka ialah Lincoln ditembak di sebuah teater dinamakan Ford's Theatre, kemudian pembunuhnya melarikan diri ke sebuah gudang. Kennedy pula ditembak dalam kereta Lincoln buatan syarikat Ford dan pembunuhnya lari dari gudang dan menyembunyikan diri di teater.
Selepas kematiannya, Lincoln digantikan Naib Presiden Andrew Johnson yang dilahirkan pada 1808, manakala Kennedy digantikan naibnya, Lyndon Johnson, yang lahir pada 1908.
Kedua-dua presiden itu seolah-olah dapat meramalkan kematian mereka dengan Lincoln dilaporkan memberitahu isteri dan rakannya mengenai mimpi dia ditembak oleh pembunuh beberapa hari sebelum kejadian, manakala beberapa jam sebelum dibunuh, Kennedy memberitahu isteri dan rakannya pasti mudah bagi pembunuh menembaknya di tengah kesesakan jalan raya.
Persamaan antara Lincoln dan Kennedy boleh dilihat ketara dengan Lincoln mempunyai dua anak lelaki yang dinamakan Robert dan Edward, begitu juga Kennedy yang mempunyai dua saudara lelaki dengan nama sama. Bezanya, anak Lincoln, Edward mati ketika masih muda dan Robert hidup lama tetapi saudara Kennedy, Robert meninggal dunia pada usia muda dan Edward meninggal dunia ketika berusia 77 tahun pada 25 Ogos lalu.
Kebetulan lain yang menjadi perbahasan mengenai kebenarannya ialah seminggu sebelum Lincoln ditembak, dia berada di Monroe, Maryland dengan rakannya, manakala seminggu sebelum Kennedy menemui ajal, dia dilaporkan bersama simbol seks Hollywood, Marilyn Monroe, yang didakwa wanita simpanan presiden itu.
Hakikat mengenai kehidupan dan pembunuhan Lincoln dan Kennedy memang mempunyai persamaan ketara. Tidak dapat dipastikan sama ada kebetulan itu membawa sebarang makna tetapi ia jelas sesuatu yang pelik.
Posted by aizatieramli at Sunday, October 04, 2009 2 comments
Sunday, September 13, 2009
mimpi masuk harvard.
assalamualaikum
malam semalam aku mimpi dapat masuk harvard university.
bapak aku sapot masuk situ.
konon2nye bapak aku org kaye.
dlm mimpi tu, aku ni anak angkat kpd family aku skang.
tapi at last bapak kandung aku yg kaye tu jumpe aku, pastu masukkan aku kat harvard.
adohai, besnye kalo tu bukan mimpi.
maksud aku, besnye kalo bapak aku memang kaye.
boleh aku habiskan harta die.
hehe.
Posted by aizatieramli at Sunday, September 13, 2009 0 comments
Labels: general
Tuesday, August 25, 2009
to extend or not to extend?
assalamualaikum.
sebelum ni aku rase nak abeskan je geology ni 3 taun.
tapi, geng2 lain sume extend.
nant kalo aku grad awal, xde geng la aku konvo.
lagipun kalo aku extend, boleh repeat subject yg leh repeat tu.
tapi aku nak extend 1 sem je.
xnak lebih2.
korang rase camane?
extend ke x?
Posted by aizatieramli at Tuesday, August 25, 2009 3 comments
ayam golek.
assalamualaikum.
malam tadi dapt jugak aku rasa ayam golek kat pantai dalam yg org dok kate sedap sgt tuh.
naseb baik sedap.
hehe.
yang join melantak ayam golek tadi: aku, wark, mahran, yuni, huda, mcd ngan azie.
mira xleh join sebab die ade kelas snt.
sori ye kawan2 lain, nanti kite plan lagi k.
p/s: kenape name die ayam golek eh?sebab die bergolek2 ke?
Posted by aizatieramli at Tuesday, August 25, 2009 0 comments
Monday, August 24, 2009
iman.
assalamualaikum
aritu balik umah, best jugak la.
sebab ada iman.
bukan keimanan ke ape, tapi iman anak sedare aku yg baru.
ni la gamba2 die.
x dapat snap banyak pun sebab bateri kamera xde.
handphone pulak xde kamera.
huhu.
Posted by aizatieramli at Monday, August 24, 2009 0 comments
Labels: family
Sunday, August 23, 2009
penat.
assalamualaikum
hari ni dah 2 hari puasa.
pagi tadi, dalam pukul 11 setengah aku bertolak dari umah kat jerantut ke um.
aku penat sebab kali ni, aku kene drive sendiri "ferrari" peninggalan abang lang aku tu.
penat la.
ye la, before ni aku kalo balik kl, on the way tu aku mesti tido punye.
kali ni drive sendiri, takkan la nk tido pulak kan.
nak mampos?
kang tido untuk selamenye pulak.
aku sampai um dalam pkol 2 setengah.
sampai2, lepak2 jap.
pastu semayang zohor.
pastu main gitar jap.
yela, bukan main.belajar main gitar.
asar, pastu tunggu azie kat bilik.
die pegi amek makanan kat ds.
bile die balik, lauk ikan keli je.
pastu kitorang decide 'runner' jap gi kfc.
nasib baik la ade "ferrari" merah ni.
hehe.
drive thru je kfc.
timing die memang cun la.
dapat je kfc tu, azan maghrib pun berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi kuala lumpur dan kawasan2 yg sewaktu dengannya.
aku pecut ferrari balik 4th.
makan nasi plus kfc kat bilik.
semayang maghrib pastu teruskan aktiviti melepak tanpa memikirkan tentang test adg esok.
skang ngantok gile.
jap lagi nak g vista jap.
amek notes adg.
Posted by aizatieramli at Sunday, August 23, 2009 0 comments
Labels: bebel membebel, um
Wednesday, August 12, 2009
tiket habis!
assalamualaikum
tadi kitorang plan nak g tengok mock trial ari kamis ni.
aku, wak, mahran ngan azie.
ade lagi kot yg nk join.
wak suro mahran beli tiket.
sekali tiket abes.
=(
Posted by aizatieramli at Wednesday, August 12, 2009 1 comments
Labels: um
Tuesday, August 11, 2009
feskum 2009
assalamualaikum
erm aku xde idea nk tulis pasal ape senanye.
tapi kali ni nak komen pasal feskum je la.
pade sape2 yg xtau feskum tu ape, feskum ni kire pesta konvo la senang cte..
taun ni aku rase, feskum macam x meriah sgt la.
nape ek?
maybe sebab taun ni aku macam jarang jalan2 kat feskum tu kot.
aku tengok gerai2 die pun macam x berape menyelerakan.
huhu.
maybe jugak sebab baru start kot.
ape2 pun, yg penting aku nak g tengok mock trial kamis ni.
excited dowh.
aku x penah tengok lagi.
tapi naufal kate akak yg bes tu sume dah grad taun ni.
harap2 taun ni still best gak.
Posted by aizatieramli at Tuesday, August 11, 2009 2 comments
Labels: um
Friday, August 7, 2009
anak sedara baru
assalamualaikum
alhamdulillah.
pukul 1.30 pm tadi, kakak ipar aku dah bersalin.
anak lelaki.
tapi kecik je baby tu.
2.8 kg je.
tapi syukur, semua selamat.
insya allah name die muhammad iman effendi.
aku pn x paham nape abang aku nak jugak letak name efendi tu.
lantak la, belasah je.
anak die.suke ati die la nak letak name ape.
hehe.
aku x tengok lagi gamba die.
sebab abang aku xleh anta mms kat handphone aku.
handphone aku kan murah.
huhu.sedey.
tapi xpe,sabtu ni aku balik kampung.
boley jumpe anak sedara baru aku.
sekarang anak sedara aku dah jadi 8 orang.
lelaki 5, perempuan 3.
kite tengok la nanti kak lang aku dapat anak lelaki ke perempuan nanti.
lagi 6 bulan bersalin la die.
insya allah.
Posted by aizatieramli at Friday, August 07, 2009 0 comments
Labels: family

